Seksyen 30
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Perbelanjaan Perbadanan setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 27
(2)
Sebelum 1 September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaannya, termasuklah perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
(3)
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
(4)
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.