Seksyen 33
Pelaburan
of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
ActIn forceProvision 33 of 45
Seksyen 33
(1)
Wang daripada Kumpulan Wang Perbadanan hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi dan berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian sebagaimana yang perlu bagi pengendalian berkesan dan cekap Perbadanan.
Had untuk berkontrak