Skip to content

Seksyen 37

Akaun dan laporan

of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 37 of 45
Seksyen 37
(1)

Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 29

mungkin selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

(2)

Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua

Majlis Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

AM