Seksyen 42
Pemindahan harta
of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010
Semua tanah yang sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan tanah bagi maksud Perbadanan yang dibubarkan hendaklah, pada tarikh itu, dengan kuasa Akta ini, terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 717
(2)
Semua harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Perbadanan yang dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Perbadanan yang dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada tarikh itu terletak hak pada Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.