Seksyen 45
Keanggotaan Perbadanan yang dibubarkan
of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010
Walau apa pun perkara yang berlawanan, anggota
Perbadanan yang dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan pada tarikh itu.
(2)
Tiada apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Perbadanan yang dibubarkan yang tamat tempoh jawatannya dan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas tarikh yang ditetapkan, Perbadanan yang dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada
Menteri suatu laporan termasuklah penyata kewangan yang
Perbadanan Stadium Malaysia 31
dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga ke hari sebelum tarikh yang ditetapkan.