Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian VII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

47. Penerusan prosiding sivil dan jenayah

Feedback & support
(1)

Pemansuhan di bawah seksyen 40 atau apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan apa-apa liabiliti seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum diputuskan atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak

Perbadanan yang dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 717

atau terhadap Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Perbadanan yang dibubarkan atau orang itu jika Akta ini tidak diperbuat.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang

Perbadanan yang dibubarkan menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini.

Report