Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian III · Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

6. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 13 Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan Perbadanan hendaklah mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru oleh Perbadanan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Perbadanan secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak

Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan Perbadanan hendaklah diiktiraf secara rasmi dan kehakiman.

Lembaga Pengurusan

Report

Bahagian IV

Fungsi dan Kuasa Perbadanan

Bahagian V

Pinjaman Pendidikan

Bahagian VI

Pengerusi, Pegawai, Pekhidmat

Bahagian VII

Schedules