Seksyen 8
Anggota silih ganti
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
Menteri boleh melantik seorang anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(f) dan 7(2)(g) untuk menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti anggota itu jika anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti atau wakil seseorang anggota hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota
Lembaga.
(3)
Seseorang anggota silih ganti boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan satu bulan notis secara bertulis kepada Menteri.
(4)
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota
Lembaga.