Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
7. Section 7
Feedback & supportMaka adalah ditubuhkan Lembaga Pengurusan Perbadanan yang hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi
Perbadanan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi;
Peguam Negara atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Negara Kementerian Kewangan atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;
Ketua
Setiausaha
Kementerian
Pelajaran atau wakilnya;
ketua pegawai eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri atau wakilnya;
Ketua Eksekutif; dan
tidak lebih daripada lima orang anggota yang lain.
Pengerusi dan anggota Lembaga di bawah perenggan 2(g)
hendaklah dilantik oleh Menteri.
Pengerusi dan anggota
Lembaga di bawah perenggan (2)(g) hendaklah terdiri daripada kalangan orang yang berjaya, mempunyai kedudukan dan berpengalaman dalam bidang akademik atau daripada kalangan profesional yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam hal-hal pendidikan, kewangan atau komersial.