Skip to content

Seksyen 10

Pemberian bantuan teknikal

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 10 of 61
Seksyen 10
(1)

Tiada seorang pun boleh memberikan apa-apa bantuan teknikal di dalam atau di luar Malaysia jika bantuan teknikal sedemikian diniatkan untuk digunakan berkaitan dengan suatu aktiviti terhad.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a)

jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang

Perdagangan Strategik 23

daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau

(b)

dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit.