Akta Perdagangan Strategik 2010 · Updated to 4 Jul 2023 · Bahagian III · Kawalan Barang Strategik, Barang Tidak Tersenarai dan Aktiviti Terhad
12A. Anggapan tentang eksport
Feedback & supportBerhubung dengan eksport, apa-apa barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai hendaklah disifatkan dibawa atau menyebabkan dibawa keluar dari Malaysia jika barang itu—
telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di stesen kastam terakhir dalam laluannya keluar dari Malaysia;
telah dimuatkan ke dalam suatu pengangkutan yang hampir berlepas dari suatu pelabuhan atau tempat di
Malaysia; atau
telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di depoh pelepasan dalam negeri atau di stesen kastam dalam negeri dalam laluannya keluar dari Malaysia melalui suatu pelabuhan atau lapangan terbang kastam.
Dalam seksyen ini,
“lapangan terbang kastam”,
“pelabuhan kastam”, “depoh pelepasan dalam negeri” dan
“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235].