Akta Perdagangan Strategik 2010 · Updated to 4 Jul 2023 · Bahagian III · Kawalan Barang Strategik, Barang Tidak Tersenarai dan Aktiviti Terhad
8. Pengguna akhir terhad dan terlarang
Feedback & support(1)
Menteri boleh menetapkan seseorang pengguna akhir sebagai pengguna akhir terhad yang baginya permit khas dikehendaki di bawah
Akta ini.
(2)
Menteri boleh menetapkan seseorang pengguna akhir sebagai pengguna akhir terlarang yang kepadanya segala eksport, pemindahan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
atau transit barang strategik atau barang tidak tersenarai di bawah Akta ini adalah dilarang.
(3)
Senarai pengguna akhir terhad dan pengguna akhir terlarang hendaklah disiarkan melalui perintah dalam Warta, dan Menteri boleh meminda senarai itu dari semasa ke semasa.