Skip to content

Seksyen 11

Pembrokeran barang strategik

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 11 of 61
Seksyen 11
(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan perbuatan pembrokeran apa-apa barang strategik melainkan jika orang itu didaftarkan di bawah seksyen 19, dan jika dikehendaki di bawah undang-undang yang berkaitan, memegang permit sah bagi pembrokeran barang strategik sedemikian daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah undang-undang yang berkaitan jika—

(a)

orang itu telah diberitahu oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu atau pegawai diberi kuasa bahawa barang strategik sedemikian mungkin diniatkan atau berkemungkinan akan digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad;

(b)

orang itu tahu bahawa barang strategik sedemikian diniatkan untuk digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad; atau

(c)

orang itu mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa barang strategik sedemikian diniatkan atau berkemungkinan akan digunakan, suatu keseluruhan atau sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a)

berhubung dengan barang strategik yang merupakan senjata atau bahan yang berkaitan—

(i)

jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit;

atau

(ii)

dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau

(b)

berhubung dengan barang strategik selain senjata atau bahan yang berkaitan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

(3)

Dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan yang berkenaan dengan mana-mana barang strategik yang disebut dalam perenggan (1)(c), hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi tertuduh untuk membuktikan bahawa dia telah membuat segala siasatan yang munasabah tentang kegunaan atau kegunaan yang dicadangkan bagi barang itu dan berpuas hati daripada siasatan sedemikian bahawa barang itu tidak akan digunakan bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti terhad.

Perdagangan Strategik 25

(4)

Berhubung dengan barang strategik, subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang terlibat semata-mata dalam penyediaan perkhidmatan sampingan yang berikut:

(a)

pengangkutan;

(b)

perkhidmatan kewangan;

(c)

insurans atau insurans semula;

(d)

iklan umum; atau

(e)

apa-apa perkhidmatan sampingan lain yang ditentukan oleh Pengawal.