Skip to content

Bab 81], atau mana-mana undang-undang tanah sebelumnya dan tanah di Negeri Semenanjung Malaysia, selain Melaka dan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai diriz

5. Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Feedback & support
(1)

Sebagai akibat daripada peletakhakan pada syarikat pengganti menurut kuasa seksyen 3 akan semua harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk kepada, syarikat pengganti hendaklah menerbitkan sekuriti syarikat itu sebagaimana Menteri Kewangan dari semasa ke semasa mengarahkan—

(a)

kepada Perbadanan; atau

(b)

kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki supaya diterbitkan sekuriti itu berikutan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 322

(2)

Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada ketika syarikat pengganti telah berhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

(3)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada masa dan atas apa-apa terma tentang pengumpukan sebagaimana yang Menteri Kewangan arahkan.

(4)

Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini—

(a)

hendaklah mempunyai nilai nominal sebagaimana yang

Menteri Kewangan arahkan; dan

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai dibayar penuh dan dianggap bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ianya telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

(5)

Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(6)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak daripada, atau apabila pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Report

Bahagian III

Peruntukan Berhubungan Dengan Kakitangan