Seksyen 7
Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama
of Akta Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikat Pengganti) 1985
(a)
sekuriti syarikat pengganti boleh diserah hak di bawah seksyen 5 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki supaya diterbitkan sekuriti itu berikutan pengumpukan permulaan mereka kepada mana-mana penama tersebut; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 322
(b)
mana-mana penama tersebut yang dilantik bagi maksud seksyen 6 boleh memperoleh sekuriti atau hak menurut seksyen itu.
(2)
Mana-mana orang yang memegang apa-apa sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen (1)
hendaklah memegang dan mengurusnya atas apa-apa terma dan dengan apa-apa cara yang Menteri Kewangan arahkan.