Telecommunication Services (Successor Company) Act 1985 · Updated to 1 Dec 2011 · Bab 81], atau mana-mana undang-undang tanah sebelumnya dan tanah di Negeri Semenanjung Malaysia, selain Melaka dan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai diriz
6. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti
Feedback & supportMenteri
Kewangan boleh pada bila-bila masa, memperoleh―
sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau
hak untuk melanggan apa-apa sekuriti yang sedemikian.
Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikan Pengganti) 11
Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
Apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Menteri
Kewangan sebagai akibat daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dianggap sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atau apabila dilupuskan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang―
dilakukan dengan penerbitan syer yang diumpukkan pada ketika syarikat pengganti dimiliki sepenuhnya oleh
Kerajaan; dan
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilakukan dengan penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri
Kewangan di bawah perenggan (1)(a).