Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian III · Hubungan Pekongsi Dengan Orang yang Berurusan Dengan Mereka
12. Section 12
Feedback & supportJika, melalui apa-apa tindakan salah atau peninggalan mana-mana pekongsi yang bertindak dalam perjalanan biasa urusan firma itu atau dengan kuasa pekongsi bersamanya, kerugian atau kecederaan berlaku ke atas mana-mana orang yang bukannya seorang pekongsi dalam firma itu, atau sesuatu penalti tertanggung, firma itu adalah bertanggungan baginya setakat yang sama dengan pekongsi yang telah bertindak atau ketinggalan untuk bertindak sedemikian.