Seksyen 19
Seksyen 19
Seseorang yang diterima masuk sebagai pekongsi di dalam suatu firma yang wujud tidak oleh kerana itu menjadi bertanggungan kepada pemiutang-pemiutang firma itu bagi apa-apa yang dilakukan sebelum dia menjadi seorang pekongsi.
(2)
Seorang pekongsi yang bersara daripada suatu firma tidak oleh kerana itu terhenti daripada menanggung hutang atau obligasi perkongisan yang ditanggung sebelum dia bersara.
(3)
Seorang pekongsi yang bersara boleh dilepaskan daripada sesuatu tanggungan yang wujud dengan dibuat suatu perjanjian bagi maksud itu di antaranya dengan anggota-anggota firma itu yang baru ditubuhkan dan pemiutang-pemiutang, dan perjanjian ini hendaklah sama ada ternyata atau disimpulkan sebagai suatu fakta daripada perjalanan urusniaga di antara pemiutang dan firma itu yang baru ditubuhkan.