Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian III · Hubungan Pekongsi Dengan Orang yang Berurusan Dengan Mereka
16. Section 16
Feedback & supportTiap-tiap orang yang dengan kata-kata yang dilafazkan atau dituliskan atau dengan tingkah lakunya menggambarkan dirinya, atau yang dengan disedarinya membiarkan dirinya, digambarkan, sebagai seorang pekongsi dalam suatu firma tertentu adalah bertanggungan sebagai seorang pekongsi kepada sesiapa yang dengan mempercayai mana-mana representasi sedemikian telah memberi kredit kepada firma itu, sama ada representasi itu telah atau belum dibuat atau disampaikan kepada orang yang memberi kredit sedemikian oleh atau dengan pengetahuan pekongsi zahir yang membuat representasi itu atau membiarkannya dibuat:
Dengan syarat bahawa jika, selepas kematian seorang pekongsi, urusan perkongsian itu diteruskan atas nama-firma yang lama, penggunaan berterusan nama itu atau nama pekongsi yang telah mati itu sebagai sebahagian daripadanya tidak dengan sendirinya menjadikan harta atau benda wasi atau pentadbir bagi pekongsi yang telah mati itu bertanggungan bagi apa-apa hutang perkongsian yang dilakukan selepas kematiannya.