Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian III · Hubungan Pekongsi Dengan Orang yang Berurusan Dengan Mereka

8. Section 8

Feedback & support

Sesuatu tindakan atau suratcara yang berhubungan dengan urusan firma itu dan dilakukan atau disempurnakan atas nama-firma itu, atau dengan apa-apa cara lain yang menunjukkan niat untuk mengikat firma itu, oleh mana-mana orang yang diberi kuasa, sama ada seorang pekongsi atau tidak, adalah mengikat firma itu dan semua pekongsinya:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menyentuh mana-mana kaedah am undang-undang berhubungan dengan penyempurnaan suratikatan atau suratcara boleh niaga.

9, Jika seorang pekongsi menyandarkan kredit firma itu bagi maksud yang pada zahirnya tidak berkaitan dengan perjalanan biasa urusan firma itu, firma itu tidak terikat, melainkan jika pekongsi itu sebenarnya diberi kuasa secara khusus oleh pekongsi lain; tetapi seksyen ini tidak menyentuh apa-apa liabiliti persendirian yang ditanggung oleh seseorang pekongsi individu.

Report

Bahagian IV

Hubungan Pekongsi Sesama Sendiri

Bahagian V

Pembubaran Perkongsian dan Akibatnya