Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian III · Hubungan Pekongsi Dengan Orang yang Berurusan Dengan Mereka
20. Section 20
Feedback & supportSuatu gerenti berterusan yang diberikan sama ada kepada suatu firma atau kepada orang ketiga berkenaan dengan transaksi sesuatu firma adalah, jika sekiranya tidak ada perjanjian sebaliknya, terbatal bagi transaksi masa depan oleh apa-apa perubahan dalam keanggotaan firma itu yang kepadanya, atau firma yang berkenaan dengan transaksi yang mengenainya, gerenti itu diberikan.