Skip to content

Seksyen 25

Pembubaran perkongsian terhad Labuan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 25 of 91
Seksyen 25
(1)

Jika berlaku pembubaran sesuatu perkongsian terhad Labuan, hal-ehwalnya hendaklah digulung oleh pekongsi am melainkan jika aktiviti perkongsian terhad Labuan itu telah diambil alih dan diteruskan mengikut subseksyen 26(2) atau melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya di bawah subseksyen 27(2).

(2)

Jika hal-ehwal perkongsian terhad Labuan tidak digulung oleh pekongsi am selepas pembubarannya, setiap pekongsi am itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.