Skip to content

Seksyen 55

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 55 of 91

Seksyen 55

(1)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan yang dibentuk melalui pendaftaran di bawah Akta ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan dan mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan daripada pekongsinya.

(2)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan adalah kekal turun-temurun.

(3)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah mempunyai semua kuasa orang sebenar.

(4)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah, dengan namanya, berupaya untuk—

(a)

membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya;

(b)

memperoleh, memiliki, memegang dan membangunkan atau melupuskan harta, kedua-dua harta alih dan tak alih; dan

(c)

mempunyai meterai perbadanan.

(5)

Apa-apa perubahan dalam pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak akan menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 707