Seksyen 24
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Seksyen 24
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 26
dan 27, sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak boleh dibubarkan oleh sesuatu perbuatan pekongsi sehingga notis pembubaran yang ditandatangani oleh pekongsi am telah difailkan oleh pekongsi am itu dengan Lembaga.
(2)
Apabila sesuatu notis pembubaran difailkan dengan Lembaga,
Lembaga boleh membatalkan pendaftaran perkongsian terhad
Labuan itu.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 33
(3)
Jika perkongsian terhad Labuan itu dibubarkan dengan melanggar subseksyen (1), setiap pekongsi am melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.