Skip to content

Seksyen 10

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 10 of 91

Seksyen 10

(1)

Apa-apa sumbangan yang dibuat oleh seseorang pekongsi terhad kepada sesuatu perkongsian terhad Labuan boleh dalam bentuk wang dalam apa-apa mata wang, apa-apa harta lain, atau perkhidmatan.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 707

(2)

Jika sumbangan pekongsi terhad itu dibuat atau diaku janji untuk dibuat selain dalam bentuk wang tunai—

(a)

hendaklah dengan serta-merta diberikan kepada sumbangan itu atau sebahagian daripada sumbangan itu atau kepada sumbangan yang diniatkan itu atau sebahagian daripada sumbangan yang diniatkan itu, mengikut perjanjian perkongsian, suatu nilai yang dikenali sebagai nilai statutori; dan

(b)

nilai statutori itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, diterima sebagai nilai bagi sumbangan itu atau bagi bahagian sumbangan itu atau, bagi sumbangan yang diniatkan itu atau bagi bahagian sumbangan yang diniatkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.