Skip to content

Seksyen 4

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 4 of 91

Seksyen 4

(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, sesuatu perkongsian terhad Labuan boleh dibentuk oleh mana-mana orang bagi apa-apa maksud yang sah.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 15

(2)

Sesuatu perkongsian terhad Labuan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pekongsi dan tidak lebih daripada lima puluh orang pekongsi yang boleh merupakan mana-mana orang dan yang daripadanya—

(a)

sekurang-kurangnya seorang hendaklah menjadi pekongsi am; dan

(b)

sekurang-kurangnya seorang hendaklah menjadi pekongsi terhad.

(3)

Seseorang boleh menjadi pekongsi am dan pekongsi terhad pada masa yang sama dalam perkongsian terhad Labuan yang sama.

(4)

Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan ditubuhkan bagi maksud menjalankan apa-apa amalan profesional, perkongsian terhad Labuan itu—

(a)

hendaklah terdiri daripada pekongsi yang tiada seorang pun daripadanya merupakan suatu perbadanan; dan

(b)

hendaklah mempunyai perlindungan insurans tanggung rugi profesional yang berkuat kuasa bagi amaun yang tidak kurang daripada amaun yang ditetapkan dengan mana-mana penanggung insurans yang diluluskan oleh

Lembaga.