Seksyen 6
Pindaan perjanjian perkongsian
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berkenaan dengan mana-mana butir dalam perjanjian perkongsian sesuatu perkongsian terhad Labuan yang didaftarkan di bawah seksyen 5, perkongsian terhad Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memfailkan dengan Lembaga suatu notis yang ditandatangani oleh pekongsi am, yang menyatakan jenis perubahan itu.
(2)
Lembaga hendaklah mendaftarkan notis yang disebut dalam subseksyen (1), dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan yang memperakui pendaftaran perubahan butir-butir dalam perjanjian perkongsian itu.
(3)
Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeteraikan dengan meterai Lembaga, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah tentang perubahan itu.
(4)
Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki suatu notis yang difailkan di bawah subseksyen (1) dibetulkan oleh perkongsian terhad Labuan itu dengan apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(5)
Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak mematuhi subseksyen (1) atau (4), setiap pekongsi am boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.