Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian XI · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

146. Section 146

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana orang yang pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada dia sendiri atau bersesama atau bersama dengan orang lain, memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi, hendaklah dalam masa tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini didaftarkan sebagai seorang pengawal data mengikut peruntukan Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pengawal data yang tidak tergolong dalam golongan pengawal data yang dikehendaki untuk berdaftar sebagai pengawal data menurut peruntukan Penggal 2 Bahagian II.

*CATATAN—lihat perenggan 14 Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024

[Akta A1727] m.b.p 1 Januari 2025 yang memberikan kecualian seperti yang berikut:

Kecualian

Report