Seksyen 10
Kemasukan ke dalam Program
of Akta Perlindungan Saksi 2009
Ketua Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan faktor yang disebut dalam seksyen 9, mengesyorkan sama ada seseorang saksi itu boleh dimasukkan ke dalam Program atau tidak.
(2)
Tiap-tiap syor oleh Ketua Pengarah supaya seseorang saksi dimasukkan ke dalam Program hendaklah dibuat kepada Peguam
Negara.
(3)
Peguam Negara, apabila menerima syor yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah memutuskan sama ada atau tidak hendak memasukkan seseorang saksi itu ke dalam Program.
(4)
Jika mana-mana orang terkilan dengan keputusan Peguam
Negara di bawah subseksyen (3), dia boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.
(5)
Jika suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (4)—
(a)
Peguam Negara hendaklah mengemukakan alasan keputusannya berserta syor Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) kepada Menteri; dan
(b)
perlindungan dan bantuan kepada saksi, jika diberikan oleh
Ketua Pengarah di bawah subseksyen 7(4), hendaklah diteruskan sehingga keputusan atas rayuan itu dibuat oleh Menteri.
(6)
Menteri hendaklah, apabila menerima rayuan di bawah subseksyen (4), membuat keputusan atas rayuan itu.