Akta Perlindungan Saksi 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian II · Program Perlindungan Saksi
7. Section 7
Feedback & support(1)
Mana-mana saksi boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk dimasukkan ke dalam Program.
(2)
Sesuatu agensi penguatkuasaan boleh, dengan keizinan bertulis saksi, memohon kepada Ketua Pengarah supaya saksi itu dimasukkan ke dalam Program.
(3)
Jika saksi adalah di bawah umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaga saksi itu boleh memohon bagi pihaknya untuk dimasukkan ke dalam Program.
(4)
Apabila diterima suatu permohonan di bawah seksyen ini,
Ketua Pengarah boleh memberikan perlindungan interim dan bantuan kepada saksi.
Perlindungan Saksi 9