Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian II · Program Perlindungan Saksi

4. Pelantikan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh melantik seorang Ketua Pengarah dan

Timbalan Ketua Pengarah Perlindungan Saksi daripada kalangan anggota perkhidmatan awam.

(2)

Menteri boleh melantik mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya patut, untuk membantu Ketua Pengarah dalam menjalankan maksud Akta ini.

(3)

Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2)

hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan am Ketua Pengarah dan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini kecuali kuasa yang disebut dalam subseksyen 12(1) dan 15(1).

(4)

Sekiranya Ketua Pengarah tiada atau tidak berupaya untuk bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, Timbalan Ketua

Pengarah hendaklah menjalankan kuasa Ketua Pengarah di bawah subseksyen 12(1) dan 15(1).

Undang-Undang Malaysia 8

Report

Bahagian III

Hak, Obligasi, Ketidakdedahan dan Penamatan

Bahagian IV