Akta Perlindungan Saksi 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian II · Program Perlindungan Saksi
9. Faktor untuk dipertimbangkan
Feedback & supportKetua Pengarah dalam memutuskan sama ada untuk mengesyorkan supaya seseorang saksi dimasukkan ke dalam
Program atau tidak hendaklah menimbangkan yang berikut:
sama ada saksi itu mempunyai rekod jenayah, terutamanya berkenaan dengan jenayah keganasan, dan sama ada rekod itu menunjukkan suatu risiko kepada orang awam jika saksi itu dimasukkan ke dalam Program;
keputusan pemeriksaan perubatan, psikologi dan psikiatri yang dijalankan di bawah subseksyen 8(2);
keseriusan kesalahan yang dimaksudkan oleh keterangan atau pernyataan saksi itu;
jenis dan kepentingan keterangan atau pernyataan saksi itu;
sama ada terdapat kaedah alternatif untuk melindungi saksi itu;
jenis bahaya yang diandaikan kepada saksi itu;
jenis hubungan saksi itu dengan saksi lain yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam Program; dan
apa-apa perkara lain yang didapati berkaitan oleh Ketua
Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 12
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa siasatan dan penyiasatan lain, sebagaimana yang didapatinya perlu, bagi maksud menilai sama ada saksi itu hendak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam Program.