Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian II · Program Perlindungan Saksi

6. Kewajipan untuk memberikan bantuan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang hendaklah memberikan kepada Ketua

Pengarah, atas permintaan Ketua Pengarah, apa-apa pernyataan, rekod, dokumen lain atau bentuk bantuan lain yang boleh membantu

Ketua Pengarah dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada prosiding atau tindakan boleh diambil terhadap seseorang yang bertindak dengan mematuhi subseksyen (1).

Permohonan untuk dimasukkan ke dalam Program

Report

Bahagian III

Hak, Obligasi, Ketidakdedahan dan Penamatan

Bahagian IV