Skip to content

Seksyen 18

Ketua Pengarah tidak dikehendaki untuk mendedahkan maklumat

of Akta Perlindungan Saksi 2009

ActIn forceProvision 18 of 30
Seksyen 18
(1)

Tertakluk kepada seksyen 12 dan subseksyen (2), Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawainya tidak dikehendaki—

(a)

untuk mengemukakan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan, apa-apa dokumen yang telah berada dalam jagaan atau kawalan

Ketua Pengarah atau pegawainya; atau

(b)

untuk menzahirkan atau menyampaikan kepada suatu badan apa-apa perkara atau benda yang telah sampai ke perhatian Ketua Pengarah atau mana-mana pegawainya, dalam pelaksanaan fungsi dan kewajipan mereka di bawah Akta ini, kecuali jika perlu berbuat demikian bagi menjalankan maksud

Akta ini.

(2)

Jika perlu bagi pemutusan apa-apa prosiding undang-undang bahawa Hakim atau Majistret yang menjalankan prosiding itu dimaklumkan mengenai tempat dan hal keadaan seseorang peserta, seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mendedahkan maklumat yang berkaitan itu kepada Hakim atau

Majistret dalam kamar, tetapi orang itu tidak boleh mendedahkan maklumat itu jika mana-mana orang selain Hakim atau Majistret hadir.

(3)

Hakim atau Majistret tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang didedahkan kepada Hakim atau Majistret di bawah subseksyen (2) selain mengikut Akta ini.