Skip to content

Seksyen 26

Kesalahan

of Akta Perlindungan Saksi 2009

ActIn forceProvision 26 of 30
Seksyen 26
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa maklumat—

(a)

tentang identiti atau tempat seseorang saksi, peserta atau bekas peserta; atau

(b)

yang menjejaskan keselamatan saksi, peserta atau bekas peserta itu.

(2)

Seseorang yang menjadi peserta atau pernah menjadi peserta, atau seseorang saksi yang telah dipertimbangkan untuk disyorkan bagi pemasukan ke dalam Program, tidak boleh mendedahkan—

(a)

hakikat bahawa dia ialah peserta atau pernah menjadi peserta atau telah dipertimbangkan untuk disyorkan bagi pemasukan ke dalam Program;

(b)

maklumat mengenai cara Program dikendalikan; atau

(c)

maklumat tentang mana-mana pegawai yang terlibat atau pernah terlibat dalam Program, melainkan jika orang itu telah dibenarkan secara bertulis oleh

Ketua Pengarah untuk membuat pendedahan sedemikian.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar—

(a)

perenggan (1)(a) atau (b) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; atau

(b)

perenggan (2)(a), (b) atau (c) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.