Akta Perlindungan Saksi 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian IV
24. Perlindungan terhadap guaman
Feedback & supportSuatu tindakan tidak boleh diambil dan pendakwaan tidak boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap mana-mana orang dalam mahkamah bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—
(a)
dengan suci hati;
(b)
dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya;
atau
(c)
untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.