Seksyen 20
Identiti peserta tidak boleh didedahkan dalam prosiding mahkamah
of Akta Perlindungan Saksi 2009
Jika dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah, tribunal,
Suruhanjaya atau siasatan, identiti seseorang peserta menjadi isu atau mungkin didedahkan, mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan itu hendaklah, melainkan jika mahkamah, tribunal,
Suruhanjaya atau siasatan itu mendapati bahawa kepentingan keadilan menghendaki selainnya—
(a)
menjalankan bahagian prosiding itu yang berkaitan dengan identiti peserta itu secara tertutup; dan
(b)
membuat apa-apa perintah yang berhubungan dengan penyekatan penerbitan keterangan yang diberikan di hadapan mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan itu sebagaimana yang, pada pendapatnya, akan memastikan bahawa identiti peserta itu tidak didedahkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(b)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.