Akta Perlindungan Saksi 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian IV
23. Pengecualian semakan kehakiman
Feedback & supportTiada semakan kehakiman boleh dibuat dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri, Peguam Negara atau
Ketua Pengarah di bawah Akta ini.
Dalam seksyen ini, “semakan kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara—
permohonan bagi apa-apa perintah prerogatif bagi mandamus, larangan dan certiorari;
permohonan bagi suatu perisytiharan atau injunksi;
apa-apa writ habeas corpus; atau
apa-apa guaman atau tindakan lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa pembuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang dibuat menurut apa-apa kuasa yang diberikan kepada Menteri, Peguam
Negara atau Ketua Pengarah oleh mana-mana peruntukan
Akta ini.