Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Hak, Batasan dan Kewajipan Seseorang Pemegang
32. Tempoh hak pembiak baka
Feedback & supportHak pembiak baka mengenai sesuatu varieti tumbuhan berdaftar hendaklah mula berkuat kuasa mulai dari tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran varieti tumbuhan itu dan pemberian hak pembiak baka dan hendaklah sah selama tempoh—
dua puluh tahun bagi varieti tumbuhan berdaftar yang baru, berlainan, seragam dan stabil; atau
lima belas tahun bagi varieti tumbuhan berdaftar yang baru, berlainan dan dapat dikenal pasti.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), jika sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan
28
Undang-Undang Malaysia
pemberian hak pembiak baka dibuat berkenaan dengan pokok atau tumbuhan menjalar, dan permohonan itu telah mematuhi peruntukan
Akta ini, Lembaga boleh mendaftarkan varieti tumbuhan itu dan memberikan hak pembiak baka bagi tempoh selama dua puluh lima tahun.