Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian V · Lesen Wajib

36. Lesen wajib

Feedback & support
(1)

Pada bila-bila masa selepas tamat tempoh tiga tahun dari pemberian suatu hak pembiak baka, jika Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

apa-apa kehendak seksyen 34 tidak dipatuhi dan keperluan masyarakat tani untuk bahan pembiakan varieti tumbuhan berdaftar belum lagi dipenuhi; atau

(b)

sebahagian besar varieti tumbuhan berdaftar itu yang ditawarkan untuk jualan adalah diimport,

Lembaga boleh memberikan suatu lesen wajib kepada mana-mana orang, agensi atau syarikat untuk mengusahakan mana-mana perbuatan yang disebut dalam subseksyen 30(1) berkenaan dengan apa-apa bahan varieti tumbuhan berdaftar itu sama ada dengan atau tanpa kebenaran daripada pemegang walaupun pemegang itu mungkin telah memberikan kebenarannya kepada mana-mana orang lain.

(2)

Sebelum memberikan lesen wajib Lembaga hendaklah memberi pemegang suatu notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian dan memberi pemegang itu hak untuk membuat representasi dalam tempoh yang ditentukan.

(3)

Lembaga hendaklah, apabila menimbangkan representasi pemegang, atau jika tiada apa-apa representasi diterima dalam tempoh yang ditentukan, membuat suatu keputusan berkenaan dengan niatnya dan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada pemegang dalam tempoh masa yang munasabah.

30

Undang-Undang Malaysia

(4)

Jika Lembaga memberikan suatu lesen wajib di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah menentukan suatu jumlah yang munasabah yang hendaklah dibayar oleh pemegang lesen kepada pemegang sebagai royalti.

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Rayuan

Bahagian VIII

Pelanggaran

Bahagian IX

Kesalahan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai