Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Hak, Batasan dan Kewajipan Seseorang Pemegang
30. Ruang lingkup hak pembiak baka
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 31, seseorang pemegang hak pembiak baka hendaklah, berkenaan dengan varieti tumbuhan berdaftar yang baginya hak itu diberikan, mempunyai hak untuk melakukan semua atau mana-mana perbuatan yang berikut secara komersial:
menghasil atau menghasilkan semula;
menyesuaikan untuk tujuan pembiakan;
menawarkan untuk jualan;
memasarkan, termasuk menjual;
mengeksport;
mengimport;
26
Undang-Undang Malaysia
menyimpan bahan bagi maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (f).
Hak pembiak baka hendaklah juga meliputi—
apa-apa bahan pembiakan varieti tumbuhan berdaftar itu, bahan tuaian varieti tumbuhan berdaftar itu dan keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu varieti tumbuhan jika bahan pembiakan varieti tumbuhan itu diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan daripada varieti tumbuhan berdaftar itu;
varieti tumbuhan yang pada asalnya diterbitkan daripada varieti tumbuhan berdaftar itu, jika varieti tumbuhan berdaftar itu tidak pada asasnya diterbitkan daripada suatu varieti tumbuhan yang lain;
varieti tumbuhan yang tidak dapat dibezakan dengan jelas daripada varieti tumbuhan berdaftar itu; atau
penghasilan varieti tumbuhan lain yang memerlukan penggunaan varieti tumbuhan berdaftar itu secara berulang kali.
Bagi maksud perenggan 30(2)(a), “tidak dibenarkan”
berhubung dengan bahan pembiakan ertinya bahan pembiakan itu diperoleh tanpa persetujuan atau kebenaran pemegang.