Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Tatacara dan Syarat-Syarat bagi Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka
12. Permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka
Feedback & supportSesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka hendaklah dibuat kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah—
menyatakan nama, alamat, kerakyatan dan butir-butir lain pemohon;
menyatakan kaedah bagaimana varieti tumbuhan itu dibangunkan;
disokong dengan dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan ciri-ciri varieti tumbuhan itu yang membezakan varieti tumbuhan itu dengan varieti tumbuhan yang lain;
menyatakan nama pengenalan varieti tumbuhan mengikut seksyen 16;
mengandungi maklumat yang berhubungan dengan sumber bahan genetik atau jurai induk terdekat varieti tumbuhan itu;
disertakan dengan kebenaran bertulis yang diberikan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa yang mewakili masyarakat tempatan atau pribumi dalam hal jika varieti tumbuhan itu dibangunkan daripada varieti tradisional;
disokong dengan dokumen yang berhubungan dengan pematuhan apa-apa undang-undang yang mengawal selia akses kepada sumber genetik atau biologi; dan
disokong dengan dokumen yang berhubungan dengan pematuhan apa-apa undang-undang yang mengawal selia aktiviti yang melibatkan organisma yang telah diubahsuaikan dari segi genetik dalam hal jika pembangunan varieti baru tumbuhan itu melibatkan pengubahsuaian genetik.
16
Undang-Undang Malaysia
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.