Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Rayuan

44. Rayuan

Feedback & support

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga berkenaan dengan—

(a)

penolakan suatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka;

(b)

pemberian lesen wajib di bawah subseksyen 36(1);

(c)

royalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 36(4);

(d)

penamatan lesen wajib di bawah seksyen 38;

(e)

pembatalan hak pembiak baka;

(f)

terma dan syarat-syarat berkenaan dengan penyerahan sesuatu hak pembiak baka; atau

(g)

penyerahhakan atau perpindahan sesuatu hak pembiak baka, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas diberitahu secara bertulis tentang keputusan Lembaga membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Menteri.

Report

Bahagian VIII

Pelanggaran

Bahagian IX

Kesalahan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai