Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IX · Kesalahan

51. Kesalahan berkenaan dengan pelanggaran terma dan syarat dan penggunaan sampel tanpa kebenaran

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atasnya sebagai seorang pemegang atau sebagai seorang pemegang lesen; atau

(b)

tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Lembaga, menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan apa-apa sampel suatu varieti tumbuhan berdaftar yang disimpan di mana-mana pusat di bawah seksyen 27, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai