Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian X · Penguatkuasaan
56. Kuasa tambahan
Feedback & supportMana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
memasuki, memeriksa dan meneliti dengan atau tanpa notis mana-mana premis atau ladang pada bila-bila masa yang munasabah berhubung dengan apa-apa kesalahan yang disyaki secara munasabah telah dilakukan di bawah
Akta ini;
menghendaki pengemukaan apa-apa rekod, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen yang disimpan oleh pemegang dan memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana daripadanya;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.