Fishermen'S Associations Act 1971 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Pengurusan dan Kumpulan Wang Persatuan Nelayan Kawasan,
13A. Kuasa untuk meminjam wang, dll
Feedback & support(1)
Bagi maksud melaksanakan tujuannya di bawah seksyen 5, sesuatu Persatuan Nelayan boleh meminjam wang atau menanggung komitmen atau tanggungan kewangan lain dengan kebenaran bertulis Pendaftar.
(2)
Pada setiap mesyuarat agung tahunannya, tiap-tiap Persatuan
Nelayan hendaklah menentukan had maksimum keterhutangan yang boleh ditanggung olehnya, tertakluk kepada kebenaran Pendaftar menurut subseksyen (1), pada bila-bila masa dalam tahun kewangannya yang akan datang.