Fishermen'S Associations Act 1971 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Pengurusan dan Kumpulan Wang Persatuan Nelayan Kawasan,
13B. Pelaburan wang
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 5, sesuatu Persatuan Nelayan boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—
ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh
Pendaftar dari semasa ke semasa;
dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana-mana Negeri;
dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri;
dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;
dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 44
dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.