Skip to content
PendingUpdated to 10 Mar 2016Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan

23. Pengamal berdaftar

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), pengamal berdaftar sementara atau mana-mana pengamal yang dikecualikan di bawah subseksyen 22(10) yang berhasrat untuk mengamal perubatan tradisional dan komplementari dalam bidang amalan diiktiraf boleh memohon untuk didaftarkan dengan Majlis.

(2)

Pengamal berdaftar sementara boleh memohon untuk didaftarkan dengan Majlis hanya selepas dia selesai menjalani tempoh kursus latihan di bawah seksyen 22.

(3)

Pengamal boleh didaftarkan dalam satu bidang amalan diiktiraf atau lebih jika dia memenuhi kelayakan yang dikehendaki bagi bidang amalan itu dan telah membayar fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 20

(4)

Kriteria pendaftaran, kelayakan yang dikehendaki, jenis dan bidang lapangan dan tatacara pendaftaran adalah sebagaimana yang ditetapkan.

(5)

Apabila pengamal telah berdaftar di bawah seksyen ini,

Majlis hendaklah menyebabkan supaya suatu perakuan pendaftaran dikeluarkan kepadanya.

(6)

Pengamal berdaftar hendaklah memberitahu Pendaftar alamat, gelaran, ciri dan sifat amalan terkininya.

(7)

Mana-mana orang yang permohonan pendaftarannya di bawah subseksyen (1) ditolak oleh Majlis boleh merayu kepada

Menteri dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu mengenai penolakan itu.

Report

Bahagian V

Kewajipan dan Tanggungjawab Pengamal Berdaftar

Bahagian VI

Prosiding Tatatertib

Bahagian VII

Hak Pesakit

Bahagian VIII

Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan