Skip to content

Seksyen 28

Pendaftaran semula

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 28 of 63
Seksyen 28
(1)

Pengamal berdaftar yang pendaftarannya dibatalkan di bawah seksyen 27 boleh memohon kepada Majlis untuk didaftarkan semula selepas luputnya tiga puluh enam bulan atau apa-apa tempoh lain yang dinyatakan dalam alasan dan keputusan pembatalan itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 775

(2)

Majlis boleh mendaftarkan semula orang di bawah subseksyen (1) jika Majlis berpuas hati bahawa alasan atau keputusan pembatalan pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 27

tidak mungkin berulang atau orang itu kini memenuhi keperluan pendaftaran.

(3)

Apabila didaftarkan semula, apa-apa perintah berhenti yang dibuat di bawah seksyen 51 hendaklah dibatalkan, dan pembatalan itu dan tarikh kuat kuasa pembatalan itu hendaklah direkodkan dalam daftar.