Skip to content

Seksyen 24

Perakuan pengamalan sementara

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 24 of 63
Seksyen 24
(1)

Walau apa pun yang berlawanan dalam Akta ini, Majlis boleh, atas permohonan secara bertulis, mendaftar untuk sementara seseorang yang didaftarkan sebagai pengamal di luar Malaysia, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan oleh

Majlis patut dikenakan.

(2)

Majlis hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pengamalan sementara kepada seseorang yang mendaftar untuk sementara di bawah subseksyen (1).

(3)

Pemegang perakuan pengamalan sementara hendaklah, selagi perakuan itu masih berkuat kuasa dan tertakluk kepada sekatan dan syarat yang dinyatakan dalam perakuan itu, disifatkan sebagai pengamal berdaftar.

(4)

Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan pendaftaran sementara seseorang di bawah seksyen ini dan perakuan pengamalan sementara yang telah dikeluarkan kepada orang itu hendaklah dengan itu luput.